Langkah segera diambil rancakkan ekonomi Langkawi

1 month ago 26
  • Oleh KOSMO!
  • 30 Disember 2024, 2:35 pm
Anwar ketika mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan langkah segera akan diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan sementara terus menjaga biodiversiti di Langkawi.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau berkenaan.

“Saya berkesempatan adakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) selain turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi.

“Insya-Allah, langkah segera akan diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan sementara terus menjaga biodiversiti di Langkawi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |