Gambar hiasan.
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 13 Oktober 2025, 10:07 am
PETALING JAYA – Perkhidmatan tren LRT Laluan Ampang/Sri Petaling mengalami gangguan teknikal di antara Stesen Hang Tuah dan Pudu hari ini.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja baik pembaikan sedang dijalankan bagi memulihkan operasi sepenuhnya secepat mungkin.
“Bagi memastikan perkhidmatan terus berjalan, operasi tren alternatif telah diaktifkan. Tren dari Sentul Timur akan berpatah balik di Stesen Pudu, manakala tren dari Putra Heights dan Ampang akan berpatah balik di Stesen Chan Sow Lin.
“Selain itu, tren perantara turut disediakan bagi menghubungkan Stesen Chan Sow Lin ke Pudu,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

1 month ago
37
![[VIDEO] ‘Ganjaran RM1,000 kalau jumpa kucing ni’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-8.39.55-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kurus setahun duduk dalam tong…minum air ja’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-7.23.45-PM.jpeg)

![[VIDEO] Sedihnya tengok keadaan Pantai Batu Rakit, teruk terhakis](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/12/WhatsApp-Image-2025-12-01-at-4.04.43-PM.jpeg)













































