Tangkap layar video menunjukkan seekor kucing memohon maaf kepada pemiliknya semasa sesi bersalaman. - TikTok
- Oleh KOSMO
- 25 Mac 2026, 7:00 pm
JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan gelagat seekor kucing seperti memohon maaf kepada pemiliknya semasa Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @putyourface111 menunjukkan kucing berwarna oren itu sedang meminta maaf semasa sesi bersalaman bersama keluarga.
Badan haiwan itu dibelai dan ditepuk beberapa kali oleh pemiliknya.
Rakaman itu mencatatkan lebih 7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Si ‘oyen’ buat salah apa?” kata seorang netizen.
“Risau harta pusaka diwariskan kepada si kucing,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

5 hours ago
5













![[VIDEO] ‘Hati-hati ada yang memerhati dari atas jejambat’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-19.36.50.jpeg)
![[VIDEO] Kancil dikejar polis rempuh khemah jamuan penduduk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-20.36.47.jpeg)


































