KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri mengesahkan pihak berkuasa berjaya menjejaki kedudukan ahli perniagaan, Victor Chin yang kini menjadi buruan berhubung kegiatan ‘mafia korporat’.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci lokasi lelaki tersebut.
“Ya kami tahu di mana dia berada. Kita akan bagitahu nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 Tahun 2026, di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Saifudin berkata, butiran terperinci tentang lokasi dan siasatan lanjut mengenai lelaki itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Ditanya sama ada pihaknya akan membatalkan pasport Victor Chin, Saifuddin berkata, langkah itu bergantung kepada hasil siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
“Ada beberapa siasatan dijalankan antaranya Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan satu lagi di bawah SC. Jadi biarlah siasatan itu berjalan mengikut peringkatnya.
“Bagi siasatan AMLA, saya yakin dengan keupayaan PDRM dalam menetapkan hala tuju siasatan, malah ketika ini kita sedang mengesan modus operandi, selepas itu barulah kita akan hubungi mereka yang terbabit.
“Jadi berkaitan sekatan dokumen perjalanan, kita akan tunggu hasil siasatan terlebih dahulu,” katanya.
Pada 19 Mac lalu, polis mengesahkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Long yang didakwa terbabit dengan ‘mafia korporat’ kini berada di luar negara.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada sidang akhbar memaklumkan usaha sedang giat dijalankan termasuk mendapatkan kerjasama daripada pihak berkaitan.
Pada 16 Mac lalu, polis menyerbu beberapa premis milik tokoh korporat itu di kawasan Kemensah dan Sungai Long, Kajang. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
5













![[VIDEO] ‘Hati-hati ada yang memerhati dari atas jejambat’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-19.36.50.jpeg)
![[VIDEO] Kancil dikejar polis rempuh khemah jamuan penduduk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-20.36.47.jpeg)


































