Jenazah Syakirah sempurna, cuma mata cedera

1 day ago 5
Mazli (tiga dari kanan) bersama isteri dan sebahagian anak-anak mereka berdoa di pusara Syakirah Hanan yang selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah, Kuala Terengganu hari ini.
  • Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
  • 6 Januari 2026, 7:25 am

KUALA TERENGGANU — Jenazah Syakirah Hanan Mazli, 25, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Viva dan Honda Jazz di Jalan Kemajuan di sini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kubur Besar Kuala Bedah tengah malam tadi.

Upacara pengebumian pada pukul 12.30 tengah malam itu dihadiri hampir 1,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara, penduduk serta rakan universiti Allahyarham.

Bapanya, Mazli Yusoh, 51, ketika ditemui bersyukur kerana urusan pengebumian anak kedua daripada tujuh beradik itu dipermudah.

“Alhamdulillah semuanya dipermudah. Syukur jenazah arwah anak saya masih sempurna, lebih kepada kecederaan dalaman. Hanya ada sedikit kesan kecederaan pada mata,” katanya.

Terdahulu, jenazah Syakirah Hanan dibawa ke
Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.10 malam.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |