Hujan lebat di Sabah, Sarawak petang ini

3 weeks ago 16
  • Oleh KOSMO!
  • 16 Februari 2025, 3:01 pm
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, di Sarawak keadaan itu melibatkan Miri (Marudi) dan Limbang.

“Sementara di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan).

“Seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami cuaca buruk sama,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |