Gangguan di stesen penjana Melaka punca ‘blackout’ di Lembah Klang, Johor Bahru

2 hours ago 2
Gambar hiasan.
  • Oleh KOSMO!
  • 15 Oktober 2025, 5:43 pm

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden gangguan bekalan di Stesen Penjana Bebas, Edra Power Plant, Melaka menjadi punca kawasan di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru terputus bekalan elektrik, sebentar tadi.

TNB menerusi kenyataan memaklumkan, keadaan itu berlaku akibat daripada pelantikan di stesen berkenaan, hari ini.

“Pasukan teknikal TNB sedang berusaha memulihkan bekalan secara berperingkat kepada pengguna yang terjejas.

“TNB menasihatkan orang awam untuk segera melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik dengan menghubungi talian 15454, mesej di Facebook TNB Careline atau di X @Tenaga_Nasional, atau e-mel kepada [email protected],” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |