Gagal cantik di pagi raya, tudung tersangkut rantai motosikal

4 hours ago 3
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai cuba melepaskan tudung yang tersangkut pada rantai motosikal. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 25 Mac 2026, 9:00 pm

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia mengalami nasib malang apabila tudungnya tersangkut pada rantai motosikal semasa dalam perjalanan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan penduduk tempatan cuba melepaskan  tudung mangsa yang tersangkut pada rantai motosikal. 

Dia menangis teresak-esak selepas tudungnya berjaya dikeluarkan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.9 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kalau naik motosikal, jangan duduk mengiring, pakai seluar dan tudung perlu diikat,” kata seorang netizen. 

“Kalau saya, saya sudah tiada ‘mood’ nak beraya,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |