Gadis mengadu demam, rupanya sudah hamil

4 hours ago 1

MUAR – Rahsia seorang remaja yatim piatu ‘menyentuh’ anak orang sehingga hamil 15 minggu terbongkar selepas gadis berusia 15 tahun mengadu sakit demam sebelum dirujuk ke klinik di Segamat dekat sini dalam kejadian pertengahan tahun ini.

Perbuatan terkutuk tertuduh, Dhanush, 18, mengundang detik sukar dalam hidupnya apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dhanush yang bekerja sebagai kelindan lori bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja bawah umur itu sejurus pertuduhan dikemukakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa mangsa di rumah keluarga gadisnitu di Segamat, pada pukul 4.30 petang, April dan Mei tahun ini.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Haniff Hassan.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa dilaporkan demam dengan keluarganya menghantar ke sebuah klinik kesihatan sebelum disahkan hamil.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Chaah pada 8 Oktober dengan tertuduh ditahan keesokan hari.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan memandangkan kesalahan dilakukan adalah serius.

Namun, selepas mendengar hujahan dan rayuan pihak pembelaan, mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan dengan tertuduh dikehendaki melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak boleh menganggu atau berkomunikasi dengan saksi pendakwaan termasuk mangsa sehingga kes selesai.

Kes disebut semula pada 9 Januari tahun depan untuk serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |