EPIC dilantik penyedia utama sistem solar AMS

3 days ago 10
Muhtar (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Pengarah Urusan AMS, Andrew Teow (tiga dari kiri) selepas menandatangani perjanjian kerjasama strategik pemasangan Solar ATAP di Kuala Terengganu hari ini.
  • Oleh MOHD AZLI ADLAN
  • 14 Januari 2026, 5:17 pm

KUALA TERENGGANU – Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah dilantik sebagai penyedia utama infrastruktur sistem Solar Fotovoltaik (PV) bagi Advantage Marine Services (Malaysia) Sdn. Bhd. (AMS).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr. Muhtar Suhaili berkata, sistem PV tersebut akan dibina oleh anak syarikat EPIC iaitu Eastern Pacific Properties Sdn. Bhd. (EPPSB) bagi melengkapi kemudahan gudang dan limbungan AMS yang terletak di Gelang Patah, Johor.

“Projek tersebut melibatkan pemasangan sistem Solar PV atas bumbung berkapasiti 74.4 kilowaat-puncak (kWp) yang akan dilaksanakan di bawah skim Solar ATAP (Program Tindakan Transisi Pemecutan Solar).

“Kerja-kerja pemasangan (panel solar) bermula pada awal bulan depan,” katanya selepas menandatangani perjanjian kerjasama strategik bersama AMS di sini.

Muhtar memaklumkan, kerja-kerja pemasangan panel solar ATAP yang julung-julung kali itu diperoleh di Johor itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 40 hari.

“Ia merupakan langkah strategik EPIC untuk menembusi pasaran wilayah selatan tanah air dan kami  komited untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui ke seluruh negara,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |