Eksekutif ketakutan diganggu scammer kutip hutang

1 month ago 30

ISKANDAR PUTERI – Seorang eksekutif pemasaran dan jualan di Singapura hidup dalam ketakutan apabila diganggu scammer yang lagaknya seperti along setelah rumah dan keretanya disimbah cat merah.

Mangsa yang dikenali sebagai Ang, 29, berkata, dia turut mengalami kerugian RM81,878 (SGD25,000) diperdaya individu yang menyamar sebagai wakil syarikat pinjaman berlesen yang berdaftar di republik itu.

Ang memberitahu, kejadian bermula apabila tertarik dengan iklan di TikTok dan telah meminjam RM26,192 (SGD8,000) daripada syarikat terbabit mempunyai lesen sah, 18 November lalu.

Katanya, pihak tersebut hanya memasukkan wang pendahuluan sebanyak RM2,619 (SGD800) dan dia perlu membayar RM3,930 (SGD1,200) termasuk bunga, setiap kali pembayaran dilakukan ke akaun bank yang berbeza.

“Sebelum habis bayar ansuran, mereka memasukkan RM1,310 (SGD400) dengan alasan tersalah ‘bank in’ pada 13 Disember lalu, saya menolak pinjaman itu dan diminta membayar (RM1,637 (SGD500).

“Apabila mendapati ada lebihan bayaran sebanyak RM1,965 (SGD), saya minta mereka pulangkan semula duit itu, namun mereka beri alasan bahawa saya perlu buka akaun di sebuah bank dengan kos pengaktifan dan penutupan akaun lebih RM13,100 (SGD4,000).

“Segala butiran dan dokumen yang diberikan lengkap seperti dari bank sebenar. Apabila saya minta segera pulangkan lebihan bayaran itu termasuk duit pengaktifan dan penutupan akaun, mereka meminta saya memindahkan wang lagi RM16,375 (SGD5,000),” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Nusa Bayu, di sini hari ini.

Sementara itu, wakil Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Ng Siam Luang memohon agar pihak polis untuk membuat rondaan lebih kerap di kawasan perumahan itu seterusnya memberkas pelaku yang bertindak menyimbah cat merah itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |