ALOR SETAR – Ejen hartanah yang menjadi suspek kes tikam kenalan wanita di dalam kereta di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas di sini malam tadi ditahan ketika bersembunyi di kawasan masjid di Taman Uda, di sini.
Lelaki berusia 32 tahun itu berjaya diberkas kira-kira pukul 1.50 pagi tadi iaitu kira-kira lima jam selepas kejadian berlaku.
Lokasi kejadian dan masjid tempat suspek ditahan sejauh kira-kira lapan kilometer.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berjaya diberkas selepas disyaki menikam mangsa dalam kejadian pukul 9.19 malam tadi.
“Suspek yang merupakan ejen hartanah dibawa ke Kompleks Mahkamah Alor Setar untuk proses reman dengan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini ini.
Suspek tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.20 pagi tadi dengan menaiki kereta polis.
Lelaki terbabit yang memakai baju lokap dilihat menundukkan badan bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar.
Majistret Nur Syifa Mohd. Hamzah membenarkan tertuduh direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun cedera parah pada leher akibat ditikam seorang kenalan lelaki di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah kira-kira pukul 9.19 malam.
Kejadian tikam itu berlaku di dalam sebuah kereta jenis Mazda dengan mangsa berada di tempat duduk pemandu, manakala suspek di tempat duduk penumpang hadapan.
Suspek dan mangsa dikatakan saling mengenali kerana mereka masing-masing bekerja sebagai ejen hartanah. Mangsa juga dikatakan turut bekerja sebagai jurutaip surat di sebuah pejabat tanah di Alor Setar.
Polis masih menyiasat motif kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata. – KOSMO! ONLINE

1 hour ago
3




![[VIDEO] Lagi kes tikam dalam kereta, wanita parah di leher](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/polis-tikam.jpeg)













![[VIDEO] Pelancong wanita didakwa terjun tingkat atas KLIA cetus kekecohan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/KLIA-TULAR-VIRAL.jpeg)



























