Dunia ini palsu, saya sudah menang…nota terakhir suspek tikam

6 hours ago 3
Antara kepingan nota yang ditulis suspek kes tikam.
  • Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
  • 15 Oktober 2025, 1:34 pm

SHAH ALAM – Polis mengesahkan merampas surat yang dikatakan merupakan nota terakhir ditulis suspek berhubung kejadian itu.

Berdasarkan surat yang tular media sosial itu menyatakan “Dunia ni palsu. Saya sudah menang”.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, surat itu berjaya dirampas semasa tangkapan dan pemeriksaan awal terhadap suspek merupakan pelajar lelaki berusia 14 tahun itu.

“Surat itu ditemui pada suspek semasa tangkapan dan bukannya di dalam tandas (lokasi pembunuhan). Ia (surat) itu dalam siasatan pegawai penyiasat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shazeli memaklumkan seramai 57 keterangan telah direkodkan setakat ini melibatkan pelajar sekolah, guru, ahli keluarga dan wakil kaunseling sekolah.

Tambahnya, siasatan juga dijalankan secara menyeluruh meliputi termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta penilaian latar belakang mangsa dan suspek.

“Siasatan pada peringkat ini mendapati tiada unsur buli terlibat.

“Pihak polis memandang serius insiden ini dan menyeru semua pihak termasuk sekolah dan masyarakat untuk bekerjasama memastikan keselamatan para pelajar sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |