Dua pelajar kes rogol junior dalam kelas dituduh pagi ini

6 hours ago 3
Dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terbabit dalam kes noda terhadap pelajar junior serta merakam kejadian itu di sebuah sekolah di sini, akan didakwa di Mahkamah Alor Gajah pagi ini.-AMRAN ALI/ KOSMO!
  • Oleh AMRAN ALI
  • 16 Oktober 2025, 9:30 am

ALOR GAJAH – Dua daripada empat pelajar lelaki yang disyaki terlibat dalam kes noda pelajar junior serta merakam kejadian itu di sebuah sekolah di sini, akan didakwa di Mahkamah Alor Gajah pagi ini.

Menurut sumber, hanya dua suspek juvana berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dituduh.

“Enam pertuduhan yang dikenakan adalah mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol secara berkumpulan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas perbuatan amang seksual fizikal.

“Dua suspek juvana itu masing-masing berdepan tiga pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 10 tahun namun tidak melebihi 30 tahun dan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan,” katanya.

Kosmo! pada 11 Oktober lalu melaporkan empat pelajar tingkatan lima yang dipercayai terlibat dalam kejadian noda bergilir-gilir seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah direman enam hari sehingga hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kesemua suspek direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol berkumpulan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |