Dua maut, Perodua Kancil berlanggar dengan treler

1 month ago 41
  • Oleh CHERINE JON
  • 31 Disember 2024, 12:49 pm
Keadaan kereta yang remuk setelah berlanggar dengan treler di Jalan Pan Borneo Bukit Song, Miri semalam. - GAMBAR HIASAN

MIRI – Dua maut selepas Perodua Kancil dinaiki mereka berlanggar dengan treler di Jalan Pan Borneo Bukit Song, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.28 malam
dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

Katanya setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kedua-dua mangsa iaitu wanita warga emas berusia 61 dan lelaki berusia 48 tahun tersepit di dalam kereta yang remuk.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit. Setelah berjaya dikeluarkan, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |