Gambar hiasan.
- Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
- 23 Mac 2026, 10:48 am
PETALING JAYA – Sebanyak 1,525 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang dua hari Aidilfitri di seluruh negara, dengan jumlah korban kekal 15 orang.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia memaklumkan, sebanyak 1,304 kemalangan direkodkan pada Sabtu lalu dengan 15 kematian, sekali gus menunjukkan penurunan 211 kes kemalangan dan 11 kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Bagaimanapun, angka kemalangan meningkat kepada 1,525 kes semalam namun jumlah korban kekal sama.
“Peningkatan itu melibatkan tambahan 221 kes kemalangan tanpa sebarang perubahan pada angka kematian,” katanya, hari ini. – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
2












![[VIDEO] ‘Silakan berlumba, aku dah standby van jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-22-at-9.18.12-AM.jpeg)




































