KOTA BHARU – Sebanyak 1,089 kes kebakaran terbuka melibatkan kawasan seluas 1.6 hektar dilaporkan berlaku di seluruh Kelantan dalam tempoh tiga bulan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Farhan Sufyan Borhan berkata, kes yang berlaku bermula 1 Januari hingga hari ini membabitkan 880 kes kebakaran belukar, 114 kes kebakaran hutan, 70 kes kebakaran sampah dan 25 kes kebakaran ladang.
Menurutnya, daerah Kota Bharu mencatatkan kes kebakaran terbuka yang paling tinggi iaitu 400 kes diikuti Bachok dengan 278 kes, Pasir Mas sebanyak 173 kes.
“Kerja-kerja pemantauan di lapangan dijalankan dengan menumpukan kawasan tanah gambut yang dianggarkan seluas lebih 7,689 hektar di seluruh Kelantan.
“Kebanyakan kawasan tanah gambut itu terletak di daerah Bachok, Tumpat, Pasir Puteh, Tok Bali dan Pasir Mas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Farhan Sufyan memberitahu, sehubungan itu, JBPM Kelantan melengkapkan sebanyak 28 buah jentera, tujuh buah lori tangki air berkapasiti 10,000 liter dan 20,000 liter termasuk sebuah jentera jenis Hidro-Sub di 22 buah balai bomba untuk operasi pembakaran terbuka.
Menurutnya, selain itu, jumlah panggilan kebakaran terbuka pada bulan ini juga mencatatkan peningkatan mendadak dengan sebanyak 64 peratus daripada jumlah panggilan keseluruhan.
“JBPM Kelantan menjangkakan bilangan panggilan kebakaran terbuka akan terus meningkat selari dengan laporan Jabatan Meteorologi yang meramalkan berlakunya cuaca kering sehingga pertengahan April dan boleh berlanjutan sehingga Jun depan.
“Sehingga kini, keadaan masih terkawal, namun terdapat kekangan yang dihadapi oleh JBPM dalam operasi pemadaman kebakaran terbuka seperti sumber air yang terhad dan kesukaran untuk akses ke tempat kejadian,” ujarnya.
Beliau berkata, langkah proaktif juga dilakukan dengan menyalurkan maklumat berkaitan pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar.
Tambahnya, penyaluran maklumat itu untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap atas pelaku dan pemilik tanah untuk diambil tindakan denda, penjara atau kompaun. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4


![[VIDEO] Malaysia, China ‘kebal’ jika berlaku kenaikan harga minyak mendadak – JP Morgan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/minyak.jpeg)








![[VIDEO] Suami beli baju ‘ala hospital’ demi sedondon dengan isteri di hospital](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-28-at-4.51.14-PM.jpeg)




































