Cuti sudah habis, Karak sesak 27km menghala ibu negara

9 hours ago 8
Keadaan trafik di Bentong menghala ke ibu negara.
  • Oleh HARRITH HISHAM
  • 24 Mac 2026, 6:10 pm

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) menghala ke ibu negara dilaporkan perlahan dan sesak kira-kira 27 kilometer (km) ekoran peningkatan jumlah kenderaan, hari ini.

Menurut LPT Trafik, kesesakan dikesan di beberapa laluan utama menuju ke Kuala Lumpur setakat pukul 5.11 petang.

Antara laluan yang terlibat ialah dari KM75.3 hingga KM68 di Karak sejauh 7.3 km, dan 8.7 kilometer dari KM67.4 hingga KM58.7 (Karak ke Bentong).

Trafik juga dilaporkan perlahan sepanjang 3.9 kilometer dari KM55.9 hingga KM52 di Lentang, selain 6.5 kilometer dari KM43.8 hingga KM37.2 (Bukit Tinggi ke Genting Sempah). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |