Tangkap layar video tular seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas dalam tasik di sebuah pusat peranginan di Port Dickson petang semalam.
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 25 Mac 2026, 10:01 pm
PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas dalam tasik di sebuah pusat peranginan, di sini petang semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang merupakan ahli keluarga mangsa kira-kira pukul 8.06 malam semalam.
“Kejadian disedari kira-kira pukul 3.30 petang di sebuah hotel di Lukut apabila mangsa didapati keluar dari bilik hotel tanpa pengetahuan keluarga.
“Mangsa merupakan kanak-kanak autistik yang berada di tempat tersebut bersama keluarga untuk bercuti. Mangsa ditemui lemas dalam tasik oleh kakitangan hotel dan ahli keluarga yang menjalankan pencarian selepas menyedari ketiadaan mangsa di bilik.
“Bedah siasat telah dijalankan pukul 10 pagi tadi di Jabatan Forensik Hospital Port Dickson dan punca kematian punca kematian diakibatkan lemas,” katanya selain menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

3 hours ago
3













![[VIDEO] ‘Hati-hati ada yang memerhati dari atas jejambat’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-19.36.50.jpeg)
![[VIDEO] Kancil dikejar polis rempuh khemah jamuan penduduk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-24-at-20.36.47.jpeg)


































