Cuaca baik hampir seluruh negara petang ini

1 month ago 38
  • Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
  • 1 Januari 2025, 4:49 pm
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah hampir seluruh negara petang ini ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) setakat pukul 4.30 petang.

Bagaimanapun di Sarawak, beberapa bahagian dilaporkan mengalami hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlarutan sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan terlibat adalah Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh),” lapor MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |