‘Cakap tentang kacang botol, jangan ambil jenis keras, besar’

3 weeks ago 14

KUALA LUMPUR – Pelakon Janna Nick menerima setiap teguran dengan berlapang dada apabila dialog dalam konten media sosialnya didakwa mempunyai ‘double meaning’ atau berbaur lucah sehingga mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.

Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 30, berkata, perkara tersebut mungkin berlaku kerana terlalu selesa melakukan konten bersama suami, Dini Schatzmann.

“Dalam video itu saya bercakap tentang kacang botol, kalau nak makan perlu pilih yang kecil dan rangup, jangan ambil jenis keras atau besar. Hakikatnya benda itu fakta.

“Orang pula fikir benda itu ‘double meaning’ . Jadi, kita sepatutnya menilai apa intipati sebenar konten tersebut.

“Bila kami rekod konten, mungkin perbualan dan sebagainya terlalu selesa sebab kami pun memang suami isteri, adakalanya memang mudah terlepas,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Janna bagaimanapun menegaskan dia tidak pernah berniat untuk menggunakan konten sebegitu untuk menarik lebih ramai penonton.

“Tiada niat pun nak keluarkan konten berbaur lucah. Kadang-kadang memang terlepas perbualan suami isteri. Bagi kami mungkin rasa normal tetapi tidak untuk orang lain.

“Kami tegaskan, kami bukan jenis individu yang menggunakan elemen sebegitu untuk tunggang benda negatif atau perkara kurang baik,” ujarnya.

Berlapang dada, dia menerima semua teguran selain berjanji berusaha untuk mengelak daripada melakukan hal sama.

“Namun, saya mengakui kelemahan sendiri dan akan cuba perbaiki apa sahaja kekurangan pada masa akan datang.

“Terima kasih untuk teguran dan akan kongsi konten-konten yang bermanfaat serta positif selain menggembirakan semua orang,” jelasnya.

Terdahulu, Janna dan Dini menerima kecaman apabila dikatakan sengaja menggunakan dialog yang berunsur lucah atau kurang sensitif dalam video-video kontennya untuk mendapatkan jumpah tontonan tinggi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |