Berita baik Deepavali, bayaran STR Fasa 4 diawalkan 18 Oktober

6 days ago 12
Gambar hiasan
  • Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
  • 10 Oktober 2025, 5:32 pm

PETALING JAYA – Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 yang dijadualkan untuk bulan November bernilai RM2 bilion, diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita baik itu sempena perayaan Deepavali oleh kaum India.

“Tahun ini, Kerajaan menyediakan RM13 bilion untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang memanfaat hampir sembilan juta penerima.

“Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai RM6 bilion,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, kerajaan juga bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |