Belanjawan 2026: Pemegang Pingat Jasa Malaysia dapat RM500

6 days ago 13
Gambar hiasan
  • Oleh SITI A'ISYAH SUKAIMI
  • 10 Oktober 2025, 6:45 pm

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM500 kepada hampir 120,000 pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.

Berita baik itu diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

“Menghargai pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, khususnya pemegang Pingat Jasa Malaysia, kerajaan bersetuju memberikan bayaran khas RM500 ringgit kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

Read Entire Article
Pertanian | | | |