Banjir: 68 orang berpindah ke tiga PPS di Kota Tinggi

1 month ago 22
  • Oleh MASTURAH SURADI
  • 31 Disember 2024, 2:51 pm
KEADAAN terkini banjir di Kampung Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang masih digenangi air meskipun cuaca cerah pada sebelah pagi.

KOTA TINGGI – Mangsa banjir di daerah ini terus meningkat dengan sebuah lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka pagi tadi.

Terkini seramai 68 orang mangsa dari 17 keluarga ditempatkan di dua PPS di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sedili.

PPS terbaru dibuka pada pukul 11.45 pagi tadi di Balai raya Kampung Perpat yang menempatkan 26 mangsa dari lima keluarga.

Sementara PPS di Sekolah Kebangsaan Gembut menunjukkan peningkatan mangsa kepada 42 orang dari 12 keluarga berbanding semalam, manakala PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas pula ditutup pukul 1 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |