B.R.A.I.N Eskayvie bakal dimanfaatkan lebih 1 juta murid

12 hours ago 7

KUALA LUMPUR – Eskayvie, jenama produk makanan tambahan popular, telah melancarkan Modul B.R.A.I.N, sebuah kerangka Brain & Emotional Wellbeing Framework yang dibangunkan untuk membantu ­menyokong fokus, kestabilan emosi dan kesejahteraan murid dalam mendepani cabaran gaya hidup moden masa kini.

Modul B.R.A.I.N dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan Technical Working Group yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Nutrition Society of Malaysia (NSM) melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang diadakan.

Kerjasama ini adalah untuk membangunkan kerangka pendidikan berkaitan pemakanan, kesejahteraan emosi dan gaya hidup sihat secara lebih holistik untuk generasi masa depan.

Melalui pelaksanaan secara berperingkat, modul ini dirancang untuk diperluaskan ke sekolah-sekolah di seluruh negara dengan sasaran memberi manfaat kepada lebih sejuta murid.

Pengarah Urusan Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, pembangunan generasi masa hadapan memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh dan kolaboratif.

“Eskayvie percaya pembangunan negara bermula daripada pembangunan insan.

“Dalam dunia hari ini, anak-anak bukan sahaja berdepan tekanan akademik, tetapi juga cabaran emosi, digital dan gaya hidup yang semakin komplek,” katanya dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran modul terbaharu itu.

Selain itu, Pengarah Eksekutif Eskayvie merangkap Ketua ­Penyelidik & Inovasi, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, pelancaran Modul B.R.A.I.N turut menjadi sebahagian daripada hala tuju strategik syarikat dalam memperkukuhkan agenda penyelidikan, inovasi dan pembangunan formulasi berasaskan sains.

“Apa yang mereka makan mempengaruhi bagaimana mereka berfikir, belajar dan mengawal emosi. Sebab itu kami percaya penyelesaian kepada cabaran ini memerlukan gabungan pendidikan, intervensi kesejahteraan dan sokongan nutrisi yang lebih menyeluruh,” katanya.

Bersempena ulang tahun ke-17 ini juga, Eskayvie turut mengumumkan penubuhan Eskayvie Research & Innovation Centre, sebuah pusat pembangunan strategik yang akan menjadi hab rujukan dalam bidang kajian klinikal, penyelidikan saintifik, pendidikan kesihatan awam, inovasi formulasi serta penerokaan teknologi kesihatan baharu.

Pusat tersebut bakal memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kerjasama dengan universiti, penyelidik, pakar kesihatan serta organisasi tempatan dan antarabangsa.

Ia bakal mempercepatkan lagi pembangunan penyelidikan, inovasi dan solusi kesihatan ­berasaskan sains yang lebih relevan, holistik dan berimpak tinggi.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan melahirkan penemuan serta formulasi baharu yang lebih inovatif, malah menjadi platform penting dalam menyediakan penyelesaian terhadap cabaran kesihatan moden yang semakin kompleks dalam masyarakat hari ini.

Dalam majlis yang sama, Eskayvie turut melancarkan kemasan baharu Eskayvie Diffenz dan Eskayvie Diffenz Junior, formulasi yang menyokong kesihatan sistem imun seisi keluarga, sejajar dengan evolusi jenama tersebut sebagai syarikat kesihatan bertaraf antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |