Keadaan trafik bergerak perlahan di Bandar Utama, Gua Musang hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!
- Oleh AIMUNI TUAN LAH
- 23 Mac 2026, 12:38 pm
GUA MUSANG – Aliran trafik di laluan utama Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis bergerak perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan perantau yang pulang semula ke ibu kota selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman.
Seorang pengguna jalan raya, Abdul Halim Ahmad, 40, berkata, kenderaan dilihat semakin bertambah menuju keluar Kelantan, tetapi aliran trafik masih lagi terkawal.
Katanya, mereka sekeluarga dari Machang merancang perjalanan apabila bertolak pada waktu pagi bagi mengelak kesesakan.
“Saya mengambil laluan alternatif dari Temangan ke Kuala Krai bagi mengelak kesesakan.
“Kami sudah biasa berdepan dengan kesesakan jalan raya setiap tahun terutamanya ketika musim perayaan. Kami rela berdepan kesesakan kerana kami gembira dapat pulang dan beraya bersama ahli keluarga di kampung,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo menjangkakan pergerakan pulang semula perantau ke ibu kota akan bermula hari ini selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman. – KOSMO! ONLINE

6 hours ago
6


















![[VIDEO] ‘Silakan berlumba, aku dah standby van jenazah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-22-at-9.18.12-AM.jpeg)






























