Aktiviti bayar layanan wanita warga asing guna selempang diserbu

2 days ago 11

PUTRAJAYA – Modus operandi dua buah pusat hiburan di ibu negara yang membenarkan kehadiran wanita warga asing melayan pelanggan dengan memberikan token berbentuk selendang tumpas apabila diserbu Jabatan Imigresen semalam.

Menerusi serbuan dibuat Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya di dua buah pusat hiburan di Medan Klang Lama dan Jalan Klang Lama itu, seramai 31 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, ketika serbuan, seranai 69 individu terdiri daripada lima lelaki dan 26 wanita asing serta 38 warga tempatan telah diperiksa.

“Hasilnya, 31 orang yang terdiri daripada 14 warga Thailand, Bangladesh (2), Laos (7), Vietnam (7 orang) dan Singapura (1 ) berumur antara 23 hingga 35 tahun telah ditahan.

“Antara kesalahan dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, salah guna permit dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, hasil risikan dijalankan selama tiga hari mendapati pusat hiburan terbabit telah menjalankan beroperasi sejak dua lalu.

“Modus operandi adalah dengan membenarkan kehadiran wanita warganegara asing sebagai pelayan pelanggan di pusat hiburan tersebut setiap kali aktiviti perniagaan bermula 3 petang hingga 2 pagi.

“Semasa serbuan, wanita warganegara asing tersebut sedang leka melayan pelanggan yang terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing,” jelasnya.

Katanya, pelanggan yang berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan oleh wanita tersebut akan memberikan token berbentuk selempang.

“Selempang dikategorikan berdasarkan warna dan nombor bermula dari 100 hingga 5,000 di mana disarungkan oleh pelanggan kepada wanita yang terpilih mengikut tahap layanan diberikan,” katanya.

Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |