REMBAU – Suasana suram menyelubungi pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, sejurus selepas keluarga serta rakan kepada pelakon Ayu Raudhah dan bekas pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha Abdul Radzak tiba di sini.
Mereka hadir antaranya bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali bagi memberi sokongan moral kepada pasangan selebriti berkenaan bermula lewat petang tadi.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/02/WhatsApp-Image-2025-02-11-at-23.11.53_c3f2a0b3.jpg)
Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban selepas dipercayai tidak sedarkan diri kira-kira pukul 1 petang di kediamannya di Taman Sri Pulai, Sikamat.
Selepas kematian bayi tersebut disahkan oleh pegawai perubatan, mayat di hantar ke Hospital Rembau bagi proses bedah siasat.
Pasangan terbabit hadir ditemani pelakon Zain Saidin, dan isterinya Rozita Che Wan atau Che Ta.
Proses bedah siasat dijalankan kira-kira pukul 10.30 malam dan dijangka akan dimandi serta dikapankan oleh Amal Rembau.
Jenazah dijangka dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di Seremban, sebelum pukul 10 pagi esok.
Zaquan sebelum itu berkongsi berita duka dalam Instagramnya selain memohon orang ramai dapat mendoakan dia dan isteri kuat menghadapi kehilangan tersebut. – KOSMO! ONLINE