Abd. Razak berbadan bongkok dilapor hilang

4 days ago 15
Abd. Razak disedari hilang oleh keluarganya di Baling pada pagi semalam.
  • Oleh NORLIA RAMLI
  • 12 Oktober 2025, 1:40 pm

BALING – Polis sedang mengesan seorang lelaki warga emas berusia 88 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam.

Difahamkan kehilangan warga emas dikenali sebagai Abd. Razak Abd. Rahman yang beralamat di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, di sini itu disedari keluarganya kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Abd. Razak mempunyai ketinggian 140 sentimeter, anggaran berat 50 kilogram, berambut putih, bulu kening halus, janggut dan misai putih, manakala badannya bongkok.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung warga emas terbabit boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Baling atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |