850,000 batang rokok disyaki seludup dirampas Kastam

3 hours ago 2
Sebahagian kotak mengandungi 850,000 batang rokok disyaki seludup yang dirampas JDKM di sebuah rumah di Taman Sepakat Indah, Kuala Rompin, Pahang baru-baru ini.
  • Oleh MOHD AZLI ADLAN
  • 25 Mac 2026, 2:41 pm

KEMAMAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya melumpuhkan sebuah sindiket penyeludupan rokok dipercayai antara berpengaruh di Pantai Timur menerusi rampasan 850,000 batang rokok putih dan kretek dalam serbuan di Taman Sepakat Indah, Kuala Rompin, Pahang dekat sini baru-baru ini.

Serbuan dilakukan pasukan penguat kuasa JKDM Terengganu Cawangan Kemaman pada 11 Februari lalu itu berjaya merampas kesemua rokok disyaki seludup tersebut menilai keseluruhan termasuk kadar duit dan cukai berjumlah RM356,259.64.

Pengarah Kastam Terengganu, Hasbollah Din berkata, kesemua rokok putih dan kretek pelbagai jenama tersebut ditemui disorokkan di dalam sebuah rumah di taman perumahan berkenaan.

“Siasatan awal percaya modus operandi sindiket ini menyorok bekalan rokok mereka di dalam premis kediaman bagi menyukarkan ia dikesan pihak berkuasa. Pemeriksaan mendapati kesemua rokok yang dirampas itu mengelak cukai dan duti bernilai keseluruhan RM283,512.04,” katanya di sini hari ini.

Hasbollah berkata, nilai keseluruhan 850,000 batang rokok yang disita itu pula ialah RM72,747.60 dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |