52 penduduk Kg. Chinggung di Muallim terjejas banjir

1 month ago 23
  • Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
  • 31 Disember 2024, 10:31 pm
Keadaan banjir di Kg. Chinggung di Muallim petang tadi. - Foto IHSAN APM

IPOH – Seramai 52 orang mangsa banjir direkodkan di negeri ini setakat pukul 8 malam tadi dengan kesemuanya berasal dari daerah Muallim.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa dari 11 buah keluarga tersebut ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Kg. Asli Chinggung.

“PPS tersebut yang menempatkan mangsa dari Kg. Chinggung di Muallim telah dibuka pada pukul 6 petang tadi,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |