28,944 calon SPM Kedah, lapan di hospital

1 month ago 27
  • Oleh AZAHAR HASHIM
  • 2 Januari 2025, 12:12 pm
Ismail (dua kanan) ketika meninjau dewan peperiksaan calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang, Kulim, Kedah hari ini. Foto oleh ZAHAR HASHIM/ KOSMO!

KULIM – Seramai 28,944 calon mula menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di seluruh Kedah, bermula hari ini, sehingga 6 Februari depan.

Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, sebanyak 264 pusat peperiksaan diaktifkan melibatkan 264 buah sekolah serta lima buah hospital.

Katanya, seramai 2,979 petugas peperiksaan telah dilantik untuk meastikan kelancaran peperiksaan.

“Bilangan calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) pula adalah seramai 71 calon membabitkan pelbagai kategori dengan lapan calon mengambil pemeriksaan di hospital” katanya selepas melawat hari pertama SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mahang dekat sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |