PETALING JAYA – Hampir 2.3 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sepanjang hujung minggu ini bersempena pergerakan pulang perantau ke Lembah Klang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, peningkatan trafik yang ketara itu dijangka berlaku bermula esok hingga 29 Mac 2026 melibatkan perjalanan jarak jauh serta antara bandar utama menuju ke ibu negara.
Sehubungan itu, PLUS mengingatkan orang untuk merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan sistem jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya.
Rancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan sistem jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya.“Pengguna dinasihatkan supaya mengikuti jadual perjalanan MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS dan merancang waktu perjalanan pulang mengikut waktu dicadangkan bagi membantu melancarkan aliran trafik di lokasi tumpuan,” katanya.
Sempena dengan Aidilfitri, PLUS turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 34 lokasi terpilih sepanjang lebuh raya serta menugaskan anggota PLUSRonda untuk melakukan rondaan 24 jam sehari bagi memberikan bantuan kepada pengguna.
“PLUS turut mempertingkatkan kemudahan di semua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah bagi menampung jumlah pengguna yang tinggi sepanjang tempoh berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, PLUS berkata, pengguna lebuh raya diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kesulitan di plaza tol.
Maklumat trafik semasa boleh diperoleh melalui aplikasi PLUS, aplikasi X @plustrafik, X @lpt2trafik atau menerusi paparan mesej elektronik (VMS) sepanjang lebuh raya serta stesen radio tempatan. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
9
![[VIDEO] Bantu ambulans akhirnya tolak kereta tepi jalan, selesai sesak](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/penunggangambulan.jpeg)







![[VIDEO] ‘Rider’ cium jalan angkara turapan berbonggol](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/WhatsApp-Image-2026-03-26-at-10.29.15.jpeg)




![[VIDEO] ‘Bila ada hari rasa malas, ingatlah betapa rajinnya Tun M’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/03/TUN-M.jpeg)



































