1,000 keluarga Orang Asli terima sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor

3 weeks ago 18
  • Oleh KOSMO!
  • 21 Februari 2025, 1:10 pm
Sumbangan bakul makanan YSIJ diserahkan buat 1,000 keluarga daripada persatuan nelayan dan Komuniti Orang Asli daerah Batu Pahat, semalam. - Foto IHSAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

PETALING JAYA – Seramai 1,000 keluarga daripada persatuan nelayan dan Komuniti Orang Asli daerah Batu Pahat menerima sumbangan bakul makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Menerusi hantaran di Facebook Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd. Anizam Jamian kepada Penghulu Besar Pejabat Daerah Batu Pahat, Muzamil Sharif di Dewan Terbuka Daerah Batu Pahat, Johor semalam.

“YSIJ sentiasa menghulurkan bantuan kepada pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan.

“Sumbangan kali ini adalah kerjasama YSIJ bersama Padi Beras Nasional Berhad (Bernas),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |