Wanita ditahan tinggalkan bayi dalam beg kertas

3 weeks ago 16
  • Oleh SAFINA RAMLI
  • 16 Februari 2025, 7:51 pm
Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di dalam beg kertas di sebuah stesen bas di Jalan Perak, hari ini.

GEORGE TOWN – Orang awam dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan dalam beg kertas di sebuah perhentian bas di Jalan Perak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan bayi itu pada pukul 10.14 pagi.

“Hasil siasatan mendapati bayi berkenaan ditinggalkan di dalam sebuah beg kertas pada pukul 8.03 pagi oleh seorang wanita yang disyaki ibu kandungnya,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, hasil tindakan pantas polis seorang wanita tempatan berusia 20 tahun dipercayai ibu kepada bayi tersebut berjaya diberkas di sebuah hospital swasta di George Town, pada pukul 2.20 petang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |