PETALING JAYA – Aksi Datuk Seri Siti Nurhaliza melompat ke atas pentas ketika Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), semalam, mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok, penyanyi nombor satu negara itu dirakam bersedia di belakang pentas sebelum melompat naik ke pentas dengan penuh bertenaga.
“Lompatan maut TokTi penuh mega di hadapan 65,000 sitizoners,” katanya dalam satu hantaran.
Difahamkan, aksi tersebut berlaku dilakukan sebagai pembukaan persembahan lagu Kesuma bersama penari tradisional, sekali gus mengundang sorakan gemuruh daripada ribuan peminat.
Sementara itu, seorang pengguna turut memuji tenaga yang diberikan oleh Siti Nurhaliza, sekali gus membuatkan orang ramai terpukau.
“Tinggi Siti melompat. Tenaganya memang nombor satu, suara memang tak dapat dipertikaikan,” kata pengguna TikTok.
Menerusi ruangan komen, ramai meluahkan rasa teruja selain menyifatkan tindakan tersebut sebagai bukti stamina luar biasa penyanyi itu.
“Saya terkesima sangat masa tengok ini sampai lupa nak merakam,” komen @Eizanna81.
“Hebatnya umur 40 lebih boleh melompat lagi. Saya dah sakit lutut, tak boleh nak lasak sangat sekarang,” komen @Lyndas24. – KOSMO! ONLINE
@ernienatorsmy.backup Lompatan m4ut tokti penuh mega di hadapan 65K sitizoners #sitinurhaliza #legacy30sitinurhaliza #memes #kesuma #fyp ♬ ウルトラマンのうた – ウルトラ☆オールスターズ
10 hours ago
4


![[VIDEO] Harimau muncul lagi di Ulu Tembeling, mana pihak berwajib?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-11-at-5.46.39-PM.jpeg)














































