Pelajar-pelajar turun dari kereta api KTMB dari Kuala Gris ke Dabong pada hari pertama sesi persekolahan 2026 yang bermula hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
- Oleh KOSMO!
- 11 Januari 2026, 10:04 am
KUALA KRAI – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menanggung kerugian hampir RM100,000 setahun akibat perlanggaran berulang antara tren dan haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan landasan.
Pemangku Pengurus Besar Kawalan Operasi KTMB, Sadun Abdullah berkata, kejadian itu di sepanjang landasan kereta api dari Gemas, Negeri Sembilan hingga Tumpat, Kelantan.
Katanya, insiden pelanggaran itu berlaku hampir setiap minggu sehingga menjejaskan kelancaran operasi dan jadual perjalanan kereta api.
“KTMB bukan sahaja berdepan kerosakan aset dan kos pembaikan setiap kali perlanggaran, sebaliknya kita juga perlu menanggung kerugian akibat kelewatan perjalanan tren penumpang dan kargo.
“Keadaan itu turut memberi kesan kepada penternak apabila ternakan mereka mati dirempuh tren, sekali gus menimbulkan kerugian dua hala yang sepatutnya dapat dielakkan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program KTMB Santuni Pelajar Sekolah Wilayah Pantai Timur Sempena Hari Pertama Persekolahan 2026, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

13 hours ago
3


![[VIDEO] Harimau muncul lagi di Ulu Tembeling, mana pihak berwajib?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-11-at-5.46.39-PM.jpeg)















![[VIDEO] ‘Tinggi Siti melompat, tenaga memang no 1’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/ct.jpeg)






























