‎Tiga penjuru di Parlimen Kinabatangan, satu lawan satu di Lamag

17 hours ago 5
Naim (tiga dari kanan) dan Miha) kanan sejurus selesai proses penamaan calon bagi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag hari ini. -Foto IVAN AMIRUL
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 10 Januari 2026, 12:46 pm

‎KINABATANGAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan bebas, manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag hanya ‘satu lawan satu’.

‎‎Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata bagi calon Parlimen, semua yang menghantar kertas penamaan adalah Naim Moktar daripada (BN), Datuk Saddi Abdu Rahman (Warisan) dan Goldam H Salangah (Bebas).

‎”DUN Lamag pula terdiri Mohd Ismail Ayob atau Miha daripada BN dan Mazliwati Abd Malek (Warisan). Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh Pegawai Pengurus sehingga jam 11.59 malam pada 23 Januari 2026.

‎”SPR juga telah menubuhkan empat Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk memantau semua aktiviti ‎calon-calon yang bertanding ketika berkempen. Seramai 39 orang pemerhati pilihan raya daripada sembilan ‎organisasi telah mengambil bahagian dalam PRK ‎Kinabatangan dan PRK DUN Lamag,” katanya.. ‎

‎Terdahulu, semua proses penamaan calon berjalan lancar dan tiada calon lain mengemukakan kertas pencalonan sebelum tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi.

‎Hari pengundian bagi kedua-dua PRK ditetapkan pada 24 Januari manakala pengundian awal akan berlangsung pada 20 Januari.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |