PETALING JAYA – Hasrat seorang lelaki untuk menikmati pengalaman menjamu selera di restoran Rembayung, selepas pulang dari Indonesia, berakhir dengan kekecewaan apabila disingkirkan daripada kumpulan tempahan meja pada saat akhir.
Lelaki itu dalam satu hantaran berkata, dia tertarik dengan tawaran tempat duduk untuk tempahan empat meja oleh seorang individu di aplikasi Threads sehingga sanggup menukar jadual penerbangan dari Jakarta, Indonesia.
“Ada seseorang kata ada tempat kosong untuk Rembayung. Dapat empat meja. Saya berminat, dan masuk ke kumpulan WhatsApp, namun secara tiba-tiba singkirkan saya.
“Saya dari Jakarta dan sepatutnya balik Malaysia pada 16 Januari ini, tapi saya tukar penerbangan ke 13 Januari iaitu pagi, hari Selasa. Tukar penerbangan bayar RM245. Tiba-tiba jadi macam ini, hancur hati,” katanya.
Lelaki berkenaan mendakwa penyingkiran itu berkemungkinan disebabkan individu tersebut menemui kumpulan lain yang sanggup membayar untuk satu meja secara penuh.
Malah katanya, turut menasihatkan orang ramai supaya membuat tempahan sendiri atau hanya berkongsi meja dengan kenalan rapat, selain meminta bukti tempahan sekiranya melibatkan pihak ketiga.
Perkongsian itu meraih pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata pengguna Threads turut mempersoalkan fenomena keterujaan melampau terhadap restoran itu.
“Sekadar berprasangka buruk, mesti dia jumpa orang yang boleh belanja satu meja terus dan nak cuba semua menu,” komen @Muhdfaizyusri.
Sementara itu, pengguna Threads @Na89aaaj, mempertikaikan tindakan orang ramai yang mengikuti orang tidak dikenali membuat tempahan bersama sehingga melibatkan kerugian wang dan emosi.
“Tolong jangan sokong orang yang tidak dikenali seperti ini. Biarkan dia pergi seorang dengan tempahan sampai lapan orang sekali pun. Hari ini seorang sahaja yang buat macam ini, esok lusa makin ramai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

11 hours ago
3


![[VIDEO] Harimau muncul lagi di Ulu Tembeling, mana pihak berwajib?](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-11-at-5.46.39-PM.jpeg)















![[VIDEO] ‘Tinggi Siti melompat, tenaga memang no 1’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/ct.jpeg)






























