KUALA LUMPUR – Sering diasak soalan tentang rumah tangga, penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz bagaimanapun tidak terdesak dalam mencari pasangan hidup atau mengakhiri zaman bujang ketika ini.
Menurut Azira, 35, dia menyerahkan segala urusan tersebut kepada Allah SWT selain tidak akan berahsia daripada khalayak sekiranya sudah menemui calon yang tepat.
“Buat masa ini, saya bahagia dengan kehidupan sendiri dan tidak lagi terlalu memikirkan soal kahwin atau umur yang semakin meningkat.
“Tapi tipu jika langsung tidak terfikir cuma tak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri untuk mengakhiri zaman bujang segera.
“Hakikatnya, keluarga pun tidak pernah mendesak dan saya juga tak mahu salah memilih pasangan. Kalau ditakdirkan saya bertemu orang yang tepat dan Tuhan membuka hati, insya-Allah saya kongsi,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan tayangan treler rasmi filem terbaharu lakonannya, Tarung: The Unforgiven di Banglo 289, di sini, baru-baru ini.
Dalam masa sama, dia menafikan dakwaan dirinya sukar didekati sehingga membuatkan ramai jejaka takut untuk mengenalinya.
Kata Azira, dia tidak meletakkan sebarang syarat bahkan terbuka untuk mengenali sesiapa sahaja namun yakin antara sebab perkara tersebut berlaku disebabkan kerjaya seninya.
“Sebenarnya saya pun tertanya-tanya kenapa lelaki agak takut untuk mendekati saya. Adakah sebab saya nampak garang sebab kawan-kawan pun ada beritahu hal sama.
“Mungkin mereka segan atau kurang yakin untuk mengenali saya terutama pada tahap kehidupan dan kerjaya ketika ini, realitinya saya seorang yang sangat mudah didekati dan suka berkawan.
“Saya terbuka untuk mengenali lelaki yang cuba mendekati, siapa tahu kami mungkin ada jodoh,” katanya lagi.
Dalam masa sama, dia memberitahu dirinya adalah seorang yang pemalu dan tidak akan memulakan langkah pertama untuk mengenali mana-mana lelaki.
“Mungkin saya nampak sukar didekati, namun jika lelaki itu menunjukkan usaha walaupun melalui perkara kecil, tak perlu perkara romantik pun.
“Pertanyaan sama ada saya sudah makan pun sudah memadai tetapi janganlah sekadar bertanya. Kalau tanya sudah makan atau belum, belikanlah sekali makanan itu,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Azira membintangi filem aksi, Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid yang turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Mierul Aiman, Bront Palarae, Aedy Ashraf, Sharifah Sakinah dan Amir Ahnaf.
Filem terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu bakal ditayangkan pada 7 Mei depan di pawagam seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

17 hours ago
7










![[VIDEO] Ustazah direman bantu siasat kes pelajar maut dirempuh depan surau sekolah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/c9ea13f3-9d74-4dd1-a2c6-a6e7a4b7cc69.jpeg)

![[VIDEO] Keranda tepi jalan peringatan buat mat rempit](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-13-at-9.52.30-AM.jpeg)


































