Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Persiaran Galena 5, di sini, pagi tadi. Foto/Ihsan PDRM
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 10 Januari 2026, 5:26 pm
SEREMBAN – Seorang wanita warga Indonesia maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Persiaran Galena 5, di sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd. Amrul Yazid Anuar berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa berusia 50 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Taman Galena menuju ke Labu Lama.
“Setiba dilokasi kejadian motosikal yang ditunggang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar pokok. Akibat itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.-KOSMO! ONLINE

15 hours ago
5



















![[VIDEO] Harimau masuk kampung waktu malam](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/01/WhatsApp-Image-2026-01-10-at-15.19.56.jpeg)





























