Pemandu maut, kereta dihempap pokok

1 week ago 11
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Kuala Dioh, Negeri Sembilan malam tadi. - Foto IHSAN BOMBA
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 8 Oktober 2025, 8:39 am

KUALA PILAH – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Kuala Dioh, di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Razidi Samik berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada pukul 10.52 malam.

Menurutnya, pokok tumbang terbabit dilihat menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dan mangsa lelaki berusia 39 tahun tersepit di dalam kenderaan tersebut.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |