KOTA BHARU – Seorang pelajar di sebuah kolej vokasional didakwa membunuh seorang gadis yang merupakan pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, di Ketereh dekat sini kira-kira dua minggu.
Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh dekat sini kira-kira pukul 11.40 malam pada 30 April lalu hingga 12.20 tengah malam pada 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh dekat sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara sehingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dihukum mati.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd. Alias Ibrahim.
Mahkamah menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan beberapa laporan pakar.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Nurfisya dibunuh dengan 61 tikaman sebelum ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh dekat sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, terdapat sebanyak 61 kesan tikaman pada tubuh mangsa bermula dari bahagian muka hingga ke kaki dengan kebanyakan kecederaan tertumpu pada bahagian kanan badan selepas pemeriksaan awal dijalankan oleh pasukan forensik.
Menurutnya, mangsa juga memakai rantai leher dengan ukiran nama ‘Syaa’, seutas rantai tangan pada pergelangan tangan kiri dan sebentuk cincin di jari tengah tangan kanan.
“Identiti remaja wanita itu berjaya dikenal pasti melalui semakan cap jari oleh Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
2




![[VIDEO] Hati-hati, lubang benam muncul di Wangsa Maju](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-22.43.17.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dua minggu tak guna smartphone, otak jadi 10 tahun lebih muda’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-21.39.01.jpeg)
![[VIDEO] What is ikat tepi, ikat mati? – Mufti Menk](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-20.37.53.jpeg)
![[VIDEO] ‘Dia datang nak betulkan al-Fatihah, sebab tahu saya dari Malaysia’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-18.17.47.jpeg)




![[VIDEO] Anak 14 tahun jadi imam solat jenazah, talkin Allahyarham bapa](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-17.32.08-1.jpeg)





![[VIDEO] Kemalangan NKVE: Pemandu Inspira ditahan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-11-at-2.02.26-PM.jpeg)



























