SHAH ALAM – MOMOYO, jenama minuman teh berinovatif, membuka peluang kepada usahawan berminat untuk menyertai model perniagaan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar syarikat.
Penyertaan tersebut dibuat melalui tawaran francais dengan pakej perniagaan yang menarik malah menjana hasil pendapatan yang stabil dan menggalakan untuk pertumbuhan jangka panjang.
Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan berkata, syarikat akan menyediakan sokongan dan latihan menyeluruh untuk memastikan kejayaan kepada keluarga baharu syarikat itu.
“Kami menyediakan latihan profesional operasi yang memenuhi standard yang mana ia terdiri daripada aspek pengetahuan dan penyediaan produk, meningkatkan operasi kedai dan sebagainya selain membantu pemasaran setempat selain membuat persediaan berhubung perancangan pemasaran bahagian depan kedai di samping pelaksanaan promosi.
“Dengan kos permulaan yang mampu milik dan sokongan menyeluruh daripada MOMOYO, peluang ini membolehkan anda menikmati pulangan yang tinggi dalam industri makanan dan minuman yang berkembang pesat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk terbaharu DINO Series dan melancarkan lagu Raya iaitu Raya Lebih Cool serta penyampaian sumbangan bernilai RM1,888 kepada SHUT (Stop Human Trafficking) dalam satu majlis di sini baru-baru ini.
Penyampaian sumbangan tersebut adalah untuk menyokong usaha organisasi tersebut dalam membanteras pemerdagangan manusia serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu berkenaan.
Mengulas lanjut, Tan berkata, syarikat menyasarkan untuk memiliki 600 cawangan di seluruh negara seiring dengan maksud MOMOYO iaitu More and More Young.
Rangkaian perniagaan tersebut telah berkembang pesat dengan lebih daripada 1,500 kedai di seluruh Asia.
Produk utama syarikat adalah Real Food, Real Taste yang mencerminkan dedikasi penuh MOMOYO dalam mencipta fruit tea segar yang autentik manakala produk terlaris kami pula ialah Fruit Tea dan Ice Cream Series.
“Kami berusaha keras mencipta jenama yang disukai oleh orang dewasa dan kanak-kanak dengan gaya penuh dopamin,” ujarnya.
Konsep perniagaan MOMOYO mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kami berusaha keras untuk mencipta teh buah segar, sambil memastikan kepelbagaian dan standard tinggi melalui penyelidikan dan inovasi berterusan, serta menjamin kualiti yang unggul dan nilai yang tinggi.
Selain itu, mengulas mengenai minuman baharu yang diperkenalkan itu, Tan menerangkan, DINO Series diinspirasikan daripada elemen koko dan dinosaur selain menampilkan reka bentuk tear-cup yang menyeronokkan, pengalaman produk yang inovatif, mencerminkan imej jenama yang muda, bertenaga serta kreatif.
Pengguna bukan sahaja dapat menikmati minuman yang lazat, malah turut merasai elemen kejutan dan interaksi yang menyeronokkan. -KOSMO! ONLINE

4 hours ago
4

![[VIDEO] Ada 6 lagi dapat 11A, doakan kawan-kawan saya juga – Fakhrul Iman](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/WhatsApp-Image-2026-04-02-at-10.23.27-PM.jpeg)


![[KEMAS KINI] Tiga sekeluarga maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/04/f0f989eb-d1fe-48e5-ba1a-2ecfc6d9ccdb.jpeg)










































