Mandrill Tech rakan teknologi AI, data untuk transformasi perniagaan

4 hours ago 4

PETALING JAYA – Mandrill Tech telah diiktiraf secara rasmi oleh The Asia Record sebagai rakan teknologi AI (kecerdasan buatan) dan data terkemuka bagi transformasi perusahaan pada tahun 2025.

Anugerah berprestij ini menekankan kepakaran dan komitmen Mandrill Tech dalam memacu inovasi serta transformasi digital merentas pelbagai industri melalui penyelesaian kecerdasan buatan (AI) yang canggih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,  Davent Low berkata,  pencapaian ini mencerminkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan semangat untuk membantu perniagaan membuka peluang baharu melalui AI.

“Kami berharap dapat terus memacu transformasi digital yang berimpak buat
pelanggan kami.

“Kejayaan ini juga menandakan pencapaian signifikan bagi Mandrill Tech, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam penyelesaian perusahaan berasaskan AI dan data,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai rakan teknologi AI dan Data utama, Mandrill Tech telah membina reputasi yang teguh dalam menyampaikan penyelesaian berasaskan AI yang inovatif.

Sehubungan itu, pihaknya menyusun strategi untuk memperkasakan syarikat-syarikat besar bagi meningkatkan kecekapan operasi, menambah baik proses membuat keputusan dan mempercepatkan pertumbuhan.

“Pendekatan khusus serta pengetahuan industri yang mendalam membolehkan perniagaan melayari perjalanan transformasi digital mereka dengan jayanya.

“Pengiktirafan daripada The Asia Record ini mengesahkan kepimpinan Mandrill Tech dalam sektor teknologi AI serta dedikasinya untuk membolehkan perusahaan memanfaatkan potensi penuh kecerdasan buatan.

“Dengan menyediakan penyelesaian AI yang serba moden, Mandrill Tech
menyokong organisasi dalam mencapai kelebihan daya saing yang mampan dalam landskap digital yang berkembang pesat,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |