Lelaki ugut Ram Singh ditahan reman

1 week ago 14
Ram Karpal
  • Oleh IVAN AMIRUL
  • 8 Oktober 2025, 8:57 pm

KOTA KINABALU- Seorang jurutera hari ini direman empat hari bagi membantu siasatan kes ugutan diterima peguam Datuk Ram Singh berkaitan inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah oleh pegawai penyiasat kes itu dibenarkan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 27 tahun itu bermula 9 hingga 12 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan.

Difahamkan lelaki berkenaan menyerah diri di balai polis pada Selasa selepas Ram membuat laporan polis pada 2 September lalu.

Ketika dihubungi berkata antara mesej ugutan yang diterimanya berbunyi, ‘Nanti kamu mati disoal Tuhan’ dan ‘Biar kau mati katak’.-KOSMO! ONLINE.

Read Entire Article
Pertanian | | | |