KPM lantik 300 pembantu warden, tingkat keselamatan sekolah asrama

14 hours ago 7
Gambar hiasan.
  • Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
  • 8 April 2026, 2:50 pm

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM)  melantik seramai 300 Personel MySTEP Pembantu Warden Asrama (MyPWA) untuk ditempatkan di sekolah berasrama seluruh negara bermula 1 April lalu.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, inisiatif MyPWA diperkenalkan bagi meningkatkan tahap keselamatan di sekolah berasrama selain membantu mengurangkan beban tugas guru.

“MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama terus diperkukuh.

“Pelaksanaan inisiatif MyPWA akan terus diperluaskan sebagai salah satu ikhtiar yang selari dengan agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaan KPM,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Fadhlina berkata, inisiatif itu juga bertepatan dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang menggariskan keperluan untuk guru mata pelajaran memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |