Kabhi Khushi Kabhie Gham ada sekuel?

19 hours ago 5
DESAS-desus kononnya filem ikonik KKKG arahan Karan Johar akan dibuat sambungan kini hangat berlegar dalam kalangan peminat filem Bollywood.
  • Oleh HELMI ANUAR
  • 10 Januari 2026, 10:00 am

PENGARAH terkenal Karan Johar dikatakan berhasrat menerbitkan sekuel filem box-office Kabhi Khushi Kabhie Gham. Dikhabarkan, Karan kini sedang giat menyiapkan skrip Khabi Kushi Khabie Gham 2.

Difahamkan juga, dia mengambil keputusan untuk menerbitkan sekuel filem tersebut gara-gara banyak filem terbitannya gagal pada 2025.
Filem Kabhi Khushi Kabhie Gham yang diterbitkan pada 2001 dibintangi Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan, Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Kajol dan Kareena Kapoor.

Sejak berita mengenai desas-desus Karan mahu menerbitkan Kabhi Khushi Kabhie Khushi 2 tersebar dengan meluas, ramai peminat yang tidak sabar menantikan filem tersebut menjadi kenyataan. Peminat turut berharap barisan pelakon asal filem tersebut dikekalkan.

Read Entire Article
Pertanian | | | |