Jurujual berpakaian, berkelakuan perempuan didakwa

4 days ago 11
Mohd. Lukman (kiri) menunjukkan isyarat lucah kepada pengamal media sewaktu keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa berpakaian dan berkelakuan perempuan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.
  • Oleh MOHD AZLI ADLAN
  • 14 Januari 2026, 11:22 am

KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual sebuah kedai permainan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini hari ini atas pertuduhan berpakaian dan menyerupai perempuan pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Lukman Mohamad Aludin, 33, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kertas pertuduhan selesai dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memakai pakaian dan berkelakuan seperti perempuan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Mohd. Lukman di tempat kerjanya di tingkat empat, KTCC Mall di sini pada pukul 4 petang, 12 Mei 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Mohd. Lukman dibebaskan dengan wang jaminan RM3,000 dan dua penjamin.

Sementara itu, Mohd. Lukman yang tidak berpuas hati menunjukkan isyarat lucah terhadap pengamal media yang membuat liputan sewaktu keluar dari kamar mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |