Jarak rumah ke pejabat perlu lebih 8 km antara syarat BDR

4 hours ago 2

PUTRAJAYA- Jarak perjalanan sehala dari pejabat ke rumah melebihi 8 kilometer (km) merupakan antara syarat yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) bermula 15 April depan susulan konflik di Asia Barat.

Antara syarat lain termasuklah pegawai perlu berkhidmat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor selain semua ibu negeri.

Syarat itu dikeluarkan JPA hari ini menerusi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah (BDR) yang memperuntukkan dasar, syarat dan peraturan dasar itu.

Menerusi surat edaran itu, JPA berkata , susulan konflik di Asia Barat, kerajaan bersetuju supaya pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk melaksanakan BDR secara berperingkat.

Katanya, ia sebagai langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global.

“Sektor Dikecualikan dari BDR ialah keselamatan dan pertahanan selain kesihatan dan pendidikan.

“Bagi negeri-negeri di mana Hari Kelepasan Mingguan (HKM) adalah hari Ahad, BDR adalah pada Selasa hingga Khamis secara sepenuh hari ( tidak dibenarkan BDR pada Isnin dan Jumaat).

“Bagi negeri-negeri di mana HKM pada hari Jumaat (Kedah, Kelantan, Terengganu), BDR adalah pada Isnin hingga Rabu secara sepenuh hari (tidak dibenarkan BDR pada Ahad dan Khamis),” katanya hari ini.

Menerusi surat edaran itu, JPA berkata, tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja.

“Pegawai dikehendaki menggunakan SPOT-Me yang membolehkan perekodan kehadiran pegawai melalui fungsi geolokasi pada peranti mudah alih dari rumah.

“Pegawai hendaklah mendaftar masuk dalam SPOT-Me setiap satu dan ketua jabatan hendaklah memantau keberadaan pegawai,” katanya.

Kata surat edaran itu, ketua jabatan perlu mengenal pasti output bagi setiap pegawai yang BDR selain menyemak dan mengesahkan secara berkala sasaran kerja serta output ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |